ljIQNMHsRLaRHIv018ZhhX36Omc Ridwan Zainuddin: NAK TAMBAH PENGETAHUAN MESTI TENGOK NI ! ! ! 10 MASJID TERTUA DI DUNIA

Pages - Menu

Tuesday, February 7, 2012

NAK TAMBAH PENGETAHUAN MESTI TENGOK NI ! ! ! 10 MASJID TERTUA DI DUNIA

ASSALAMUALAIKUM..

Mari kita tengok masjid tertua dan lokasinya. Asyik tengok benda-benda pelik jee. Jom kta sama-sama tengok masjid pulak dapat tambah ilmu, dapat tambah pahala. :)

1) Masjid Quba


Masjid Quba ini dibina pada tahun 622 oleh Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabtnya semasa baginda berhijrah dari Kota Mekkah ke Madinah. Ianya ialah masjid tertua di dunia. Masjid Quba ini terletak di Madinah, Arab Saudi.

2) Masjid Al-Nabawi


Masjid Al-Nabawi atau sering disebut sebagai Masjid Nabi dan ianya juga merupakan makam Nabi Muhammad S.A.W. Ianya juga dianggap sebagai tempat suci kedua bagi umat islam. Ianya dibina pada tahun 622 dan terletak di Madinah, Arab Saudi.

3) Masjid Al-Qiblatain



Masjid Al-Qiblatain atau masjid dua kiblat ialah sebuah masjid yang penting bagi umat islam. Ianya merupakan tempat Nabi Muhammad S.A.W mehimpun doa dan memerintahkan untuk mengubah arah kiblat dari Baitulmaqqdis ke Makkah. Di bina pada tahun 623 dan terletak di Madinah, Arab Saudi.

4) Masjid Jawatha


Merupakan masjid terawal di bina di Timur Arab pada tahun 629. Ianya terletak di Al Kilabiyah, Arab Saudi.

5) Masjid Al-Haram


Masjid Al-Haram merupakan salah satu masjid yang terbesar di dunia. Ianya terletak di Kota Makkah, ianya mengelilingi Ka'bah iaitu kiblat untuk seluruh penganut agama islam.



6) Masjid Al-Kufah


Masjid Al-Kufah atau Masjid Al-Azam terletak di Kufah, Iraq. Ianya merupakan salah satu masjid paling awal dalam tamadun islam. Dibina pada tahun 639 di Kufah, Iraq.

7) Masjid Uqba


Masjid Uqba juga dikenali sebagai Masjid Kairouan. Ianya merupakan salah satu masjid paling penting di Tunisia, terletak di kota warisan dunia (UNESCO) Kairouan.

8) Masjid Imam Hussain


Masjid ini merupakan sebuah tempat suci puak syiah islam di Kota Karbala, Iraq.

9) Masjid Al-Aqsa


Masjid Al-Aqsa, merupakan tempat suci islam di kota lama palestin. Masjid ini dibina Tebing Barat, Palestin ianya dibina pada tahun 105.

10) Masjid Al-Zaytuna


Masjid Al-Zaytuna atau Ez-ztouna atau Ezzitouna adalah sebuah masjid yang terbesar di Tunisia iaitu berdekatan dengan pantai utara Afrika. ianya dibina pada tahun 709.

That All For Today... Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. :) :)

No comments:

Post a Comment

Share

Widgets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...